UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Muhamad Fazli Mansor
Title :Pembangunan dan penilaian modul perisian pengajaran berbantukan komputer (PBK) menggunakan Microsoft Power Point interaktif untuk kanak-kanak prasekolah (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2013
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah modul perisian pengajaran berbantukan komputer (PBK) menggunakan Microsoft Power Point interaktif untuk kanak-kanak prasekolah. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 70 orang guru yang mengajar kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Dapatan kajian melalui statistik deskriptif menunjukkan tahap persetujuan terhadap Modul Perisian PBK yang dibina ini dengan min aspek multimedia interaktif (min = 4.16), unsur-unsur teori Pembelajaran Konstruktivisme (min = 4.15) dan penggabungjalinan Tunjang Komunikasi (min = 4.13), Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika (min = 4.13) dan Tunjang Sains dan Teknologi (min = 4.09). Modul Perisian PBK Sayur-Sayuran yang dibina ini mengandungi elemen multimedia interaktif, unsur-unsur teori pembelajaran konstruktivisme dan gabung jalin Tunjang Komunikasi, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika dan Tunjang Sains dan Teknologi. Metodologi pembinaan modul perisian PBK ini berasaskan reka bentuk pengajaran Hannafin dan Peck (1988) yang terdiri dari tiga fasa iaitu Fasa Analisis, Fasa Reka bentuk dan Fasa Pelaksanaan. Reka bentuk persembahan isi kandungan perisian ini pula berdasarkan aplikasi elemen multimedia interaktif, teori pembelajaran konstruktivisme, Tunjang Komunikasi, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika dan Tunjang Sains dan Teknologi. Keempat-empat modul yang terdapat dalam modul perisian ini menyepadukan ketiga-tiga tunjang tersebut. Modul perisian yang dibangunkan mempunyai kesahan yang tinggi bagi setiap konstruk iaitu [multimedia interaktif = 0.76; unsur-unsur teori Pembelajaran Konstruktivisme = 0.76; Tunjang Komunikasi = 0.70; Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika = 0.80 dan Tunjang Sains dan Teknologi = 0.78]. Modul penilaian dalam kajian ini menggunakan model penilaian Hannafin dan Peck (1988) iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Keputusan penilaian yang dibuat juga menunjukkan Modul Perisian PBK Sayur-Sayuran ini mengandungi elemen multimedia interaktif, unsur-unsur teori pembelajaran konstruktivisme dan gabung jalin Tunjang Komunikasi, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Tunjang Sains dan Teknologi. Keseluruhannya Modul Perisian PBK Sayur-Sayuran ini sesuai dijadikan bahan bantu mengajar di peringkat prasekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)